salji hitam

Saturday, 8 September 2012


Tanih

Negara kita dianugerahi dengan tanih yang subur dan sesuai utuk pelbagai jenis tanaman. Tanih aluvium dan tanih liat terdapat di kawasan lembagan sungai. Tanih ini sesuai untuk tanaman padi. Tanih laterit terdapat di kawasan beralun dan berbukit-bukit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Di kawasan pantai terdapat tanih beris yang berpasir. Tanah beris ialah tanih yang terdiri daripada campuran tanah liat dengn pasir. Tanih ini terdapat di tepi pantai dan sesuai untuk tanaman kelapa. Tanih gambut terdapat di kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman nanas.























Jenis tanih

Contoh kegiatan ekonomi

Contoh lokasi

Aluvium

Menanam padi

§  Dataran Kedah-Perlis

§  Dataran Kelantan, di Kelantan

Laterit

Tanaman kelapa sawit dan getah

§  Tenggara Johor

§  Selatan Kelantan

§  Tenggara Pahang

Gambut

Nanas

§  Pekan Nanas dan Pontian di Johor

§  Batu Pahat dan Yong Peng di Johor

Tanih beris

Tembakau

§  Bachok di Kelantan

Saturday, 25 August 2012

Faktor bentuk muka bumi yang mempengaruhi kegiatan ekonomi

 



 

Ciri-ciri muka bumi

Contoh kegiatan ekonomi

Contoh lokasi

Tanah tinggi

Sayur-sayuran, bunga-bungaan, dan teh

 

 

 

·         Tanah Tinggi Cameron di Pahang

·         Kundasang di Pahang

 

 

Kegiatan pelancongan

·         Tanah Tinggi Genting di Pahang

Tanah beralun

Tanaman kelapa sawit dan getah

·         Tenggara Johor

·         Tenggara Pahang

Selatan Pahang

Tanah pamah

Menanam padi sawah

·         Dataran Kedah-Perlis

·         Dataran Krian di Perak

·         Dataran Kelantan di Kelantan

Pembuatan

·         Pasir Gudang, Johor

·         Bayan Lepas, Pulau Pinang

 

Perdagangan dan kewangan

·         Johor Bharu

·         Kuala lumpur

Pinggir laut

Menanam kelapa

·         Bagan Datoh, Perak

·         Kudat, Sabah

·         Sipitang, Sarawak

Pelancongan

·         Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

·         Port Dickson, Negeri Sembilan

·         Teluk Cempedak, Pahang

Perdagangan

·         Pelabuhan Tanjung Pelepas

·         Pelabuhan Pasir Gudang

Pulau

Pelancongan

·         Pulau langkawi

·         Pulau Tioman

 


    


Friday, 24 August 2012

FAKTOR FIZIKAL

Bentuk muka bumi

Kegiatan ekonomi negara kita dipengaruhi oleh bentuk muka bumi. Kawasan tanah tinggi yang subur dan iklim yang sederhana , sesuai untuk tanaman pasar dan pelancongan ekologi. Kawasan beralun yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman jualn seperti kelapa sawit dan getah. Tanah pamah pula sesuai untuk pertanian makanan separti padi. Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi dan petempatan. Manakala kawasan pinggir pantai dan pulau sesuai untuk kegiatan pelancongan.

PENGENALAN

Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia, iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan. Faktor fizikal ialah bentuk muka bumi, tanih, iklim, dan bahan mentah. Faktor kemanusiaan pula meliputi infrsatruktur, modal, buruh, teknologi, dan dasar kerajaan. Setiap satu faktor itu bukanlah sesuatu yang mutlak, tetapi berkaitan antara satu dengan yang lain. Kekuatan pengaruh sesuatu faktor juga berbeza mengikut kawasan dan keadaan.